Sunday, June 5, 2011

'PAS BARU' LEGAKAN UMNO


“Saf pimpinan baru PAS” yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling mengembirakan UMNO.

Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai PAS diperkuda DAP untuk meletakkan pemimpin sesuai dengan mereka.

Saf kepimpinan baru Pas bukan setakat memudahkan Umno, bahkan bakal meningkatkan sepercayaan kepada Umno . Inilah barisan yang bakal menyebabkan Umno terus unggul. Harapan perpaduan PAS musnah sama sekali.

Sejak PRU yang lalu, PAS seperti ayam hendak bertelur kerana mahu bekerjasama dengan DAP. Walaupun menggadai prinsip berkali-kali, PAS tetap berusaha. Wakil dihantar berjumpa pemimpin tertinggi DAP, soal agama dan bangsa Melayu tidak diungkit dan yang terakhir jawatan EXCO ditawarkan di Pulau Pinang dan tanpa menang satu kerusi di Serawak.

Hampir setiap minggu disiarkan “kebaikan” kerjasama DAP-Pas dalam akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian bagi “memancing” hati pemimpin Pas. Hanya pemimpin Pas yang hilang waras sahaja sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana DAP pernah memberikan pelbagai label negatif kepada perjuangan sebuah negara Islam.

Parti komponen BN pun sudah yakin dengan Umno. Penyokongnya berduyun-duyun menghadirkan diri. Luarannya masih “pegang jawatan” dalam parti, tetapi dalamnya telah keluar Pakatan. Mereka menunggu masa “meletupkan bom politik” agar perjuan PAS tegak negara Islam terus bungkus. Ramai orang PAS sekarang ini tidak berapa matang. Mereka cinta Lim Kit Siang, sayang Karpal Singh dan senang dengan DAP malah minta China dan India datang ke negeri ini. Mereka terlupa atau buat-buat lupa bahawa ramai penyokong Pkatan terdiri daripada Melayu. Parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC akan terus kuat sokongan Melayu, Cina dan India. Oleh itu, keceluparan pemimpin dan penyokong PAS membikin orang Melayu dan India terluka kesakitan di Pulau Pinang. Bagaimana mungkin Pakatan mampu kekal kukuh dalam keadaan begini?

Ahli-ahli parti komponen Pakatan tanpa pendaftaran kini bagaikan tentera yang sedang bersiap sedia dengan senjata yang muncungnya menghala ke arah orang Melayu. Adakah PAS akan terus diperkuda DAP.

Kerana DAP tahu tak kemana tanpa sokongan Melayu tidak akan , maka mereka berusaha untuk bersatu dengan Pas.

Umno tahu dalam Pas ' Baru 'ada pemimpin yang kemaruk jawatan. Oleh itu, pelbagai umpan dihulurkan. Namun, atas kejahilan perwakilan, pemimpin Ulama yang bersedia jadi “tali hayat” PAS telah diundurkan dan digantikan oleh pemimpin yang pernah berkhalwat. Barangkali perwakilan dapat menghidu keperluan DAP , Pas yang sedang berkira-kira untuk menolak UMNO sekiranya parti Islam itu bekerjasama dengan DAP.

Penyokong sejati Pas sebenarnya turut bimbang dengan Pas bekerjasama dengan DAP. Bukan kerana takut “perpaduan Melayu”, tetapi kerana benci kepada DAP yang umpama “anjing tersepit”. Mereka tahu Pas jadi alat DAP tentulah tidak mahu “melepaskan anjing tersepit dan digigit untuk kali kedua dengan pengalam yang lampau.

Maka pemilihan barisan kepimpinan PAS BARU cukup melegakan umno. Mat Sabu, Salahuddin, Husam dan Mahfuz merupakan pemimpin BUKAN ULAMAK bagi mengambil hati DAP yang bersama Pakatan Rakyat. Mereka ini tokoh sekular yang dilihat memahami kehendak semasa orang bukan Islam.

No comments:

Post a Comment